Selasa, 2009 Jun 16

alam syahadah part 1 :alam barzah(kubur)

>>>>>>>Pada masa kita mengalami pengalaman dalam alam lima pancaindera ini ada satu lagi alam yang berlaku selari dengan fasa kita,pada alam ini pengaruh masa sudah tak boleh ditafsirkan mengikut masa yang kita rasai di alam pancaindera ini.Bila kita maksudkan alam kubur, bukanlah yang bermaksud apa yang kita lihat di pusara,bukan juga apa yang kita lihat di liang lahad,bukan juga apa yang kita nampak di sebalik timbunan tanah.Bukan.
>>>>>>>Kerana kalau sekiranya kita gali kubur lama untuk membuat penyiasatan seperti CSI,kita cuma jumpa tulang temulang yang yang telah reput.Kita takkan nampak jasad yang sedang menerima siksaan kubur (bagi ahli maksiat)atau mendapat nikmat(bagi yang beriman dan beramal soleh).Kita juga tak nampak malaikat yang menyoal,tak dengar suara yang meraung, tapi haiwan dan makhluk lain mendengarnya.
>>>>>>>Sepertimana dalam hadis Rasul yang meletakkan pelepah tamar yang basah di atas kuburan, ““Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-Baul.)
>>>>>>>Dari Abu Ayyub r.a katanya:”Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda: Itu suara Yahudi sedang disiksa dalam kuburnya.” Sesungguh Rasul adalah manusia yang bermakam tinggi yang boleh melepasi batasan pancaindera. Alam barzah ini kalau di selarikan pada satu sekala masa adalah terlalu panjang.Bila mulanya bila akhirnya Allah yang Maha Mengetahui.
>>>>>>>Pernah disampaikan pada saya bahawa manusia ini pernah dalam suatu ketika sebelum ditiupkan ke dalam jasad, maksudnya dalam bentuk roh,pernah berhimpun di hadapan Allah, menyatakan janji taat setia pada yang Qadim.Tapi apabila kita di lahirkan ke dunia , lupa sudah janji taat setia itu.Masa kita berhimpun kali pertama itu kita sudah berada di alam barzah.Manusia dari mati , dihidupkan dan dimatikan lagi akhirnya dihidupkan lagi.Yang dulu pernah aku katakan ketika di alam barzah dulu,itulah antara "aku" yang aku maksudkan.Bilakah akhirnya alam barzah ini?Pabila kita di bangunkan kembali di akhirat kelak.Bila tu?Allah yang Maha Mengetahui.Berapa lama jarak masa antara kita berhimpun dahulu sehingga kita dilahirkan, Allah Yang Maha Mengetahui.

ShoutMix chat widget